Alkaline Juice Himax5 (Pati

(Hi) High (M) Mineral (A)Alkaline (X) Extra (5) Zam-Zam, Amber, Garam, Terapi 30Juz, Doa Terpilh. Sha Allah penawar kepada penyakit semulajadi.

Penawar Penyakit Semualajadi

Testimoni hebat kepada pengidap "Kencing Manis Kronik""Buah Pinggang""Gout""Migrain""Jantung""Darah Tinggi""Kanser".

Air Minuman Beralkali

Sumber Air Gau Temerloh dan kita masukkan anggaran 11 titik "Juice Alkaline Himax5".

Semburan Resdong

Titisan.

Ahad, 5 Ogos 2012

AIR ZAM-ZAM

1. AIR ZAM-ZAM
Menurut pendapat para pengkaji dan ulamak terdapat 12 kelebihan yang ada pada air zam-zam iaitu :
  1. Menyegarkan                                               7. Mencukupkan
  2. Memberi manfaat                                         8. Menghilangkan haus
  3. Menyihatkan                                                 9. Penyembuhan penyakit
  4. Terapi perubatan                                         10. Kebaikan pada kaki
  5. Berkat                                                             11. Pengampunan
  6. Kebaikan                                                       12. Mengenyangkan
Di dalam air biasa pula tedapat unsur besi (Fe), namun unsur tersebut langsung tidak terdapat pada air zamzam. Begitu juga unsur Kalsium (Ca) yang ada pada air biasa sangat tinggi kadarnya, tetapi kandungannya sangat rendah di dalam air zamzam.Di dalam air zamzam terdapat kandungan yang sarat dengan pelbagai unsur yang bermanfaat bagi keperluan tubuh manusia. Menurut kajian analisis yang telah dibuat, terdapat empat unsur kimia yang sangat penting dalam air zamzam, iaitu Kalium (K), Natrium (Na), Kalsium (Ca), dan Magnesium (Mg).
Menurut kajian, kedua-dua unsur ini (Fe & Ca) merupakan unsur yang tidak baik bagi tubuh apabila terlalu berlebihan. Sebaliknya, unsur-unsur kimia yang begitu bermanfaat dan menguntungkan tubuh ialah Kalium (K). Namun, kandungan Kalium di dalam air biasa sangat rendah, sebaliknya di dalam air zamzam kandungan unsur Kalium adalah sangat tinggi. Begitu juga unsur Magnesium yang baik untuk tubuh merupakan unsur yang sangat tinggi di dalam air zamzam, tetapi di dalam air biasa kadarnya relatif sedikit.
Selain itu, 4 pakar dari Suruhanjaya Kuasa Atom Bangladesh (Bangladesh Atomic Energy Commision) iaitu M.A. Khan, A.K.M Sheriff, K.M. Idris dan M. Alamgir. Mereka mengkaji kandungan air zamzam dan membuat perbandingan dengan air paip dan air yang dikeluarkan menggunakan alat pengepam berkuasa solar (solar pump water).
Pakar-pakar ini mendapati air zamzam wujud secara tabii atau semulajadi dalam bentuk alkali. Oleh sebab itu, keadaan ini dapat mengawal kesan sampingan yang disebabkan oleh lebihan asid dalam perut sekaligus mampu mencegah penyakit gastrik.
Air zamzam merupakan air yang terbaik di dunia, malah lebih baik daripada air mineral. Saat ini, sukar untuk manusia mendapatkan air yang benar-benar bersih dan suci kerana kerakusan tangan-tangan manusia yang telah menukar dan merubah keaslian air dengan pelbagai bahan kimia seperti klorin yang memudaratkan kesihatan tubuh manusia sendiri.
Penawar terbaik untuk kanser dan pelbagai penyakit

Molekul air zam-zam yang bercahaya umpama kristal dan berubah-ubah mengikut  kalimah yang dilafazkan

.
Diriwayatkan dari Ibnu Abbas, bahawa Rasulullah (s.a.w.) bersabda : -Sebaik-baik air di muka bumi adalah air zamzam, di dalamnya ada makanan yang mengenyangkan dan ubat yang menyembuhkan penyakit
2. GARAM GALIAN - KRISTAL HOLLAND