Kepentingan garam seperti yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW sebagaimana sabdanya dari Riwayat Ibnu Abbas:
‘Barang siapa yang memulakan makan dengan memakan secubit garam, maka Allah akan menghindarkan 330 jenis penyakit dan yang paling ringan adalah gila, kusta, sakit perut, sakit gigi dan yang bakinya hanya Allah jua yang mengetahuinya’
Garam adalah antara mineral yang mempunyai kemujaraban yang unik. Ia sebenarnya mampu bertindak sebagai pembersih yang berupaya meleraikan radiasi serta menstabilkan badan, meningkatkan ketahanan dan imuniti badan. Sejarah perubatan Islam ada mengatakan bahawa Rasullullah s.a.w. ketika mengembara akan memamah sedikit garam sebelum makan atau minum dan ini bertujuan supaya tubuh dapat mengembalikan semula tenaga yang hilang.
Manakala didalam bidang masakan pula, garam dikatakan sebagai penghulu segala masakan. Cuba anda bayangkan bagaimana rasanya jika sesuatu masakan itu dimasak tanpa garam, pasti ramai yang akan mengatakan masakan tersebut tiada rasa! Orang Melayu terutamanya memang terkenal dengan garam dan dalam setiap masakan kebanyakan penggunaannya adalah pada kadar yang tinggi supaya cukup rasa masinnya.
Tetapi awas jika terlebih penggunaannya! Garam juga dikatakan penyebabnya peningkatan penyakit darah tinggi setiap tahun dan dikatakan ‘penyakit moden’ kerana bukan sahaja golongan berumur tetapi sudah menular dikalangan muda mudi yang baru berusia 25 tahun kebawah. Malah sudah terdapat golongan remaja belasan tahun yang sudah disahkan mempunyai penyakit darah tinggi.
Khasiat Garam Kristal Himalaya
Garam Kristal atau ada yang meggelarkannya sebagai garam sunnah (berpandukan hadis di atas) kerana khasiatnya yang dipercayai sangat baik untuk kesihatan tubuh badan manusia. Garam kristal ini yang juga dikenali sebagai Garam Himalaya atau Kristal Holland diambil daripada garam kristal yang terkumpul selama 300 juta tahun dan 200 meter di bawah Gunung Himalaya. Mengandungi 84 mineral dan unsur mineral secara semulajadi. Kajiannya adalah berdasarkan fakta sejarah kehidupan kaum Hunza yang tinggal di lembah yang dianggap antara paling subur di dunia.
Kaum Hunza yang hidup di bahagian utara Pakistan atau yang menghuni di lembah antara Hindu Kush dan Karakorum iaitu di kaki gunung Himalaya, Asia Tengah. Kaum ini dikatakan memiliki purata umur terpanjang di dunia dengan rata-rata dari mereka berusia lanjut antara 120 hingga 140 tahun.
Hasil daripada kajian dan penyelidikan saintifik yang dilakukan di kawasan tersebut sungguh mengejutkan. Rahsia umur panjang kaum Hunza ini dikaitkan dengan faktor AIR YANG MEREKA MINUM! Keadaan ini berlaku adalah kerana punca air yang diminum oleh kaum Hunza tersebut terdapat di atas gunung yang dikelilingi oleh pohon cypress. Akar-akar pokok cypress memasuki telaga kaum Hunza manakala buah dan amber cypress iaitu resin atau getah pokok cypress didapati terendam di dalam air telaga tersebut. Air minuman tersebut memiliki ramuan garam mineral dan rendaman buah serta akar cypress yang menyebabkan molekul air yang diminum oleh mereka sangat kecil serta amat berkhasiat.
Kajian yang telah dilakukan oleh Dr. Patrick Flanagan mendapati molekul air yang diminum oleh mereka sangat kecil hingga mencapai 5 nanometer iaitu 2000 kali ganda lebih kecil dari sel darah merah. Molekul air yang sangat kecil ini mempunyai gelombang tenaga bertidakbalas dengan molekul hidrogen dan oksigen hingga membentuk struktur kristal yang memudahkan penyerapan hingga ke dalam sel tubuh paling kecil.
Garam Kristal Dan Amber Cypress
Kelebihan minuman kesihatan bertenaga Himax5 adalah kerana terdapat gabungan antara kedua-dua garam kristal dan ekstrak amber cypress. Kombinasi antara keduanya akan meningkatkan tenaga molekul serta menstabilkan pH dan kadar keasidan dalam sel tubuh badan.