Selasa, 16 Oktober 2012

KEISTIMEWAAN POKOK CYPRESS


KEISTIMEWAAN POKOK CYPRESS

  1. Merawat imuniti yang rendah dan lemah dengan menggosok berkali-kali. Contohnya tasbih dari kayu Cypress jika digosok berulang-ulang kali, kepanasan yang keluar akan menghasilkan gelombang dan terus diekstrak melalui pernafasan dan kulit serta pelepasan karbon dioksida.
  1. Gosokkan kayu Cypress akan melancarkan perjalanan darah di dalam tubuh manusia serta menstabilkan imuniti tubuh sehingga ke 89%.  
  1. Kulit dan akar pokok Cypress boleh digunakan sebagai penawar untuk sakit gigi, barah gusi, kencing manis(diabetis) serta berupaya merawat ulser dan buah pinggang.
  1. Buah Cypress dapat menghilangkan sengatan apabila direndam dalam air. Ia sangat baik untuk batuk, menghilangkan kelembapan paru-paru dan menambahkan air mani, akan tetapi ia juga dapat mengakibatkan sembelit, penawarnya adalah biji buah delima yang masam.
  1. Merawat mati sebelah badan, menggigil, demam, kebas tangan, kancing gigi, penyakit kuning, buasir, sembelit, lemah buah pinggang dan pundit kencing.  
  1. Menghilangkan keletihan dan lemah syahwat dengan minum rebusan kayu, juga dapat merawat rambut gugur.
  1. Mencampurkan Pine Cypress dengan madu dapat menghilangkan penyakit sejuk dan merupakan kesan yang paling baik untuk dada, paru-paru dan hati.  
  1. Serbuk atau asap dari pokok Pine Cypress sebaik-baiknya yang dijadikan celak boleh merawat penyakit kelopak mata atau kurap.  
  1. Buah Cypress dapat menguatkan hati, menahan haid dan mencegah kehamilan sama seperti pokok Al-Arziyah atau Al-Arz. Airnya dapat menghilangkan sesak nafas, menghilangkan dahaga, batuk dan pening kepala.

GETAH ATAU AMBER

Selain pokok Cypress yang digunakan untuk membina bahtera Nabi Nuh a.s satu lagi kelebihan yang terdapat pada pokok tersebut ialah getah ( Amber ). Amber ialah getah yang mengalir dari batang pokok dan memerangkap serangga. Proses ini memakan masa jutaan tahun untuk menghasilkan Amber yang berkualiti. Selalunya pokok Cypress yang tumbuh ditebing bukit atau di pulau akan mengeluarkan Amber dan jatuh ke laut ia dipanggil Kemenyan Laut. Jenis-jenis Amber banyak dijumpai seperti berikut:
1. Sucinite Amber daripada Lautan Baltik. 
2. Burmite Amber daripada Lautan Burma.
3. Simetite Amber daripada Sicilian. 
4. Rumanite Amber daripada Romania.

0 ulasan:

Catat Ulasan