•Ialah
Solat Sunat Yang dikerjakan setelah matahari naik kira kira tinggi
segalah, sekitar setengah jam daripada matahari terbit pada waktu pagi
dan berakhir beberapa minit (kira kira 5 minit sebelum tergelincir
matahari) sebelum masuk waktu zuhur .
•Jumlah rakaat tidak terbatas dari dua , empat, enam atau lapan rakaat. Tiap dua rakaat dengan satu salam .
Fadilatnya
Drp Abu Hurairah, Sabda Nabi saw,
"Telah
berpesan kepadaku temanku (Rasulullah saw) tiga macam pesanan: Puasa 3
hari setiap bulan, sembahyang dhuha 2 rakaat dan sembahyang witir
sebelum tidur" (riwayat Bukhari & Muslim)
Drp Anas, Sabda Nabi saw,
"Barang siapa sembahyang dhuha 12 rakaat, Allah akan membuat baginya istana di syurga" (riwayat Tirmidzi & Ibnu Majah)
Rasulullah bersabda yang bermaksud,
"Siapa
saja yang dapat mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni
dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan."
Rasulullah bersabda lagi,
"Solat
Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan
tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha kecuali hanya orang-orang
yang bertaubat."
Kaifiat (cara)
Lafaz Niat Solat Dhuha
Sahaja aku mengerjakan sembahyang sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Ta'ala
Selepas
membaca Al- Fatihah pada rakaat pertama baca lah surah As-Syams (jika
tidak ingat surah As-Syams diganti dengan surah Al Kafirun) .Pada rakaat
kedua selepas Al-Fatihah baca surah Ad-Duha .(jika tidak ingat diganti
dengan surah Al Ikhlas)
Doa Solat Sunat Dhuha
maksudnya
"Ya Allah sesungguhnya waktu Dhuha, waktu dhuha-Mu, kecantikan ialah kecantikanmuMu,
keindahan
ialah keindahanmu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu
kekuasaanmu,dan perlindungan itu perlindunganmu,ya Allah sekiranya
rezekiku ada di langit
maka turunkanlah jika ada di bumi keluarkanlah.
Jika
sukar permudahkanlah,jika haram sucikanlah,jika masih jauh dekatkanlah
,dengan berkat waktu dhuha ,keagungan,keindahan,kekuatan dan
kekuasaanmu,limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan
kepada hamba hambamu yang soleh".
Selasa, 16 Oktober 2012
Solat Sunat Dhuha
8:51 PTG
No comments
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan