1. AIR ZAM-ZAM
Menurut pendapat para pengkaji dan ulamak terdapat 12 kelebihan yang ada pada air zam-zam iaitu :
- Menyegarkan 7. Mencukupkan
- Memberi manfaat 8. Menghilangkan haus
- Menyihatkan 9. Penyembuhan penyakit
- Terapi perubatan 10. Kebaikan pada kaki
- Berkat 11. Pengampunan
- Kebaikan 12. Mengenyangkan
Di dalam air biasa pula tedapat unsur besi (Fe), namun unsur
tersebut langsung tidak terdapat pada air zamzam. Begitu juga unsur
Kalsium (Ca) yang ada pada air biasa sangat tinggi kadarnya, tetapi
kandungannya sangat rendah di dalam air zamzam.Di dalam air zamzam
terdapat kandungan yang sarat dengan pelbagai unsur yang bermanfaat bagi
keperluan tubuh manusia. Menurut kajian analisis yang telah dibuat,
terdapat empat unsur kimia yang sangat penting dalam air zamzam, iaitu
Kalium (K), Natrium (Na), Kalsium (Ca), dan Magnesium (Mg).
Menurut kajian, kedua-dua unsur ini (Fe & Ca)
merupakan unsur yang tidak baik bagi tubuh apabila terlalu berlebihan.
Sebaliknya, unsur-unsur kimia yang begitu bermanfaat dan menguntungkan
tubuh ialah Kalium (K). Namun, kandungan Kalium di dalam air biasa
sangat rendah, sebaliknya di dalam air zamzam kandungan unsur Kalium
adalah sangat tinggi. Begitu juga unsur Magnesium yang baik untuk tubuh
merupakan unsur yang sangat tinggi di dalam air zamzam, tetapi di dalam
air biasa kadarnya relatif sedikit.
Selain itu, 4 pakar dari Suruhanjaya Kuasa Atom
Bangladesh (Bangladesh Atomic Energy Commision) iaitu M.A. Khan, A.K.M
Sheriff, K.M. Idris dan M. Alamgir. Mereka mengkaji kandungan air zamzam
dan membuat perbandingan dengan air paip dan air yang dikeluarkan
menggunakan alat pengepam berkuasa solar (solar pump water).
Pakar-pakar ini mendapati air zamzam wujud secara
tabii atau semulajadi dalam bentuk alkali. Oleh sebab itu, keadaan ini
dapat mengawal kesan sampingan yang disebabkan oleh lebihan asid dalam
perut sekaligus mampu mencegah penyakit gastrik.
Air zamzam merupakan air yang terbaik di dunia, malah
lebih baik daripada air mineral. Saat ini, sukar untuk manusia
mendapatkan air yang benar-benar bersih dan suci kerana kerakusan
tangan-tangan manusia yang telah menukar dan merubah keaslian air dengan
pelbagai bahan kimia seperti klorin yang memudaratkan kesihatan tubuh
manusia sendiri.
Penawar terbaik untuk kanser dan pelbagai penyakit
Molekul air zam-zam yang bercahaya umpama kristal dan berubah-ubah mengikut kalimah yang dilafazkan
Diriwayatkan dari Ibnu Abbas, bahawa Rasulullah (s.a.w.) bersabda : -Sebaik-baik air di muka bumi adalah air zamzam, di dalamnya ada makanan yang mengenyangkan dan ubat yang menyembuhkan penyakit
. |
2. GARAM GALIAN - KRISTAL HOLLAND
0 ulasan:
Catat Ulasan