DRK Network, pengeluar produk jus alkali, Himax5 menyasarkan menjual produk minuman kesihatan berkenaan sebanyak 100,000 botol di seluruh negara dalam tempoh enam bulan tahun ini.
Berkonsepkan ‘Buang Asid, Buang Penyakit’, minuman kesihatan itu adalah produk berasaskan air zam-zam, garam mineral dan ekstrak resin.
Pengurus Wilayah Tengah DRK Network, Mohamad Izan Abdullah Halim berkata, produk itu dikeluarkan untuk membantu orang ramai menikmati kehidupan bebas penyakit dengan pengambilan air beralkali.
“Produk Himax5 mampu menangani masalah asid di dalam tubuh badan kerana ia mengandungi molekul air kecil dan bersifat alkali serta menguraikan sisa asid terkumpul dalam tubuh menerusi sistem pencernaan, perpeluhan dan pernafasan,” katanya di Kuala Lumpur.
0 ulasan:
Catat Ulasan